"Ketahui Bagaimana Para Usahawan Berjaya Di Seluruh Dunia Menggunakan Kemudahan 'Merchant Terminal' Yang Membantu Kejayaan Bisnes Mereka!
Sehingga ditakdirkan, premis ANDA melakukan promosi jualan akhir tahun. Pelbagai barangan perlu dihabiskan untuk digantikan dengan barangan terbaru. Puan Zakia yang teruja dengan barangan promosi ANDA berhasrat melakukan pembelian pukal!
Walau bagaimana pun, beliau teramatlah kecewa akibat kekurangan tunai, beliau tidak dapat melakukan pembayaran menggunakan kad kreditnya, memandangkan premis ANDA TIADA mesin kad kredit.
Bagaimana dengan perasaan ANDA pula?

Kenapa PERLU untuk memiliki Mesin Kad Kredit?
Mesin Kad Kredit amat diperlukan bagi setiap premis perniagaan yang berhasrat untuk menawarkan kaedah pembayaran alternatif kepada pelanggan mereka.
Jualan perniagaan ANDA tidak sepatutnya hanya bergantung kepada TUNAI sahaja, malahan ianya boleh dipertingkatkan melalui penggunaan KAD KREDIT juga. Bezanya, wang jualan tersebut akan anda terima dalam tempoh 2 hingga 5 hari bekerja, dan ianya terus dibank-in ke akaun bank perniagaan anda.

:: Situasi 2 ::
Kemelesetan ekonomi dunia dan kenaikan harga barang mengakibatkan Johnson runsing dengan perbelanjaan isi rumah yang kian meningkat. Kos sara hidup di bandar yang tinggi memerlukan beliau memohon kad kredit sebagai persediaan di waktu luar jangka.
Ditakdirkan kereta yang digunakan untuk pergi dan balik kerja mengalami kerosakan. Ianya perlu dibaiki dengan segera bagi memastikan tugasan kerja tidak terganggu. Beliau datang ke premis ANDA untuk membaiki keretanya.
Apabila siap dibaiki, beliau menghulurkan sekeping kad kredit untuk membayar kos pembaikan. Beliau tidak membawa tunai dan premis ANDA TIADA mesin kad kredit.
Apa reaksi ANDA?
Siapa yang PERLU memiliki Mesin Kad Kredit?
Mesin Kad Kredit HANYA ditawarkan kepada para peniaga yang memiliki premis perniagaan yang sah. Tidak kira perniagaan anda kecil atau besar, jual produk atau perkhidmatan, baru atau lama, semuanya boleh memohon dengan memenuhi syarat seperti memiliki:-
LESEN PERNIAGAAN Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
LESEN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT). Contoh :- MBSA, MBPJ, DBKL dsb.
AKAUN SEMASA BANK SYARIKAT.
MUDAH BUKAN?
Berdasarkan pengalaman saya, antara industri yang sesuai untuk menawarkan khidmat kad kredit adalah seperti berikut :-
Ini antara CONTOH industri yang disebutkan sahaja, untuk industri lain masih boleh memohon.
Bagaimana untuk memiliki Mesin Kad Kredit?
Untuk memiliki sebuah Mesin Kad Kredit, anda perlu memohon dengan pihak bank. Ia semakin mudah melalui agen perantara, memandangkan agen lebih memahami berkaitan prosedur permohonan seperti 'Merchant Agreement'.
Set borang permohonan akan di kurier ke premis perniagaan anda sekiranya anda SERIUS untuk memohon. Unit borang adalah terhad.

:: Situasi 3 ::
Ramesh, remaja 15 tahun gemar bersantai pada hujung minggu bersama rakan-rakan di shopping mall di bandar. Dia membawa bersama-sama tunai dan sekeping kad debit pemberian ibunya sebagai persediaan di waktu luar jangka.
Dia merancang untuk membuat fesyen rambut pada hari itu. Cas khidmat pusat dandanan rambut adalah RM15 sahaja. Dia tidak mahu menggunakan tunai yang ada.
Dia memilih untuk menggunakan kad debit yang telah ditambah-nilai RM50 oleh ibunya. Setentunya, keutamaan pemilihan pusat dandanan adalah yang mempunyai terminal untuk menerima pembayaran menggunakan kad tersebut.
Sekiranya ANDA mengusahakan pusat dandanan yang memiliki mesin kad kredit di shopping mall tersebut, ada tak kemungkinan Ramesh memilih untuk menggunakan perkhidmatan anda?
JENIS TERMINAL
Terdapat 2 jenis terminal yg digunakan sebagai medium menerima pembayaran kad kredit iaitu:-
1) EDC Terminal - sambungan ke talian telefon tetap.
2) GPRS Terminal - sistem terminal tanpa wayar yg menggunakan simcard seperti handphone.
